Get your order. We deliver to you. ENJOY YOUR SHOPPING !!!
Cart 0

Cerita Artis Kita

Lagu terbaru Keydeet Jake(2017) tribute untuk sahabat

 KEYDEET JAKE, antara nama artis murut yang agak baru tapi  bersinar. Nama beliau sering saja kedengaran disebut dicorong-corong radio tempatan di negeri ini kerana lagu beliau bertajuk "Pangkaraan Ku Dirun" agak popular dan diminati oleh pendengar lagu-lagu tempatan Sabah . Bagi pendengar stesen baru Kupi-kupifm misalnya, nama dan lagu beliau sangat tidak asing ditelinga mereka. Terbaru tahun 2017 , Keydeet menyambung perjuangan seninya dengan mengeluarkan 3 single secara serentak yang diterbitkan dibawah label Pusakag production. Lagu-lagu yang telah pun mula diputarkan dan didengar dicorong-orang radio seperti SabahVfm, KeningauFm dan Kupi-Kupifm dan beberapa stesen radio lain bertajuk Awas Itu Pancingan...

Read more →


Lagu "MANA TAHAN" benar-benar menyengat

Single terbaru (2016) penyanyi sensasi Francis Landong bertajuk MANA TAHAN memang benar-benar menyengat dan menjadi. Mana tidaknya, lagu ini hampir setiap hari boleh kedengaran diputarkan di corong-corong radio seperti di stesen radio baru Kupi-KupiFm dan Keningau FM atas permintaan peminat. Lagu bertajuk Mana Tahan jika pertama kali didengar oleh mereka yang fasih berbahasa KDM pasti bertanya, apakah jenis bahasa KDM yang digunakan dalam lagu ini. Lagu ini sebenarnya dinyanyikan dalam bahasa dusun Tatana dari daerah Kuala Penyu hasil ciptaan penyanyi dan komposer berbangsa dusun Tatana iaitu Adex. Menurut pencipta lagu ini, ia bukanlah sebuah lagu baru baginya kerana diawal pembabitanya...

Read more →


Bakat baru yang bersinar - REENN ABIGAIL

Nama Reen Abigail mungkin masih baru di persada seni muzik tempatan Sabah. Malahan gadis yang baru berusia 18 tahun ini mengakui bahawa kemunculan pertamanya dalam lagu bertajuk "Cita Cahaya" seperti sebuah mimpi. Ini kerana dia tidak pernah menyangka bahawa minatnya menyanyi sebelum ini akhirnya mencatat sejarah pada dirinya apabila single Pertama bertajuk Cita Cahaya itu boleh didengar di stesen-stesen radio seperti keningauFm dan stesen baru Kupi-KupiFm. Lagu ini juga sedang berentap dalam carta lagu KeningauFm. Reenn Abigail C Robin, merupakan anak ke-3(bongsu)  dan masih lagi menuntut di salah sebuah sekolah di sekitar Keningau. Ayahnya yang memang berasal dari daerah Keningau...

Read more →


BENN SIMON terkena buatan orang?

Nama Benn Simon Bukag bukan asing sangat ditelinga penggemar muzik KDMR. Lagu-lagu beliau sering berkumandang di corong-corong radio  samada lagu yang dinyanyikan oleh Benn sendiri mahupun lagu ciptaannya yang dinyanyikan oleh artis lain. Malahan Benn juga sudah pernah memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan nyanyian misalnya pernah menjuarai  Carta Juara Lagu Dusun(JLD) tahun 2008 dan Carta Juara Lagu Bajau (JLB)pada tahun yg berikutnya 2009. Selain itu juga lagu ciptaan beliau  pernah memenangi lagu lirik terbaik bertajuk Boros Nu di Tohuri Noh yang diyanyikan oleh artis S.Welly dlm pertandingan final Juara Lagu Dusun beberapa tahun kemudian.  Setelah beliau berjaya menerbitkan album solo...

Read more →


Donny Reyn - Lagu "Sabun Mandi" berdasarkan pengalaman

Artis tempatan DONNY REYN, yg namanya kini semakin meningkat naik lantaran penangan single terbaru  beliau bertajuk "Cinta Sabun Mandi". Lagu ini mula  mencuri perhatian penggemar lagu-lagu tempatan apabila pertama kali dimainkan dicorong radio iaitu stesen radio baru Kupi-KupiFm(96.3fm) dengan tradmark kita-kita juga baini beberapa bulan yang lalu. Sehingga kini, lagu "Cinta Sabun Mandi" semakin mendapat tempat dihati peminat beliau dan mula mendapat permintaan untuk diputarkan hampir setiap hari. Lagu ini disusun dalam genre Funk Rock hasil sentuhan artis/komposer berbakat Benn Simon Bukag (Benn Studio). Dan lagu ini sebenarnya telah dimuatkan didalam album kompilasi bertajuk PERTISA Evo yang menghimpunkan 20 orang...

Read more →