Get your order. We deliver to you. ENJOY YOUR SHOPPING !!!
Cart 0

Bakat baru yang bersinar - REENN ABIGAIL

Nama Reen Abigail mungkin masih baru di persada seni muzik tempatan Sabah. Malahan gadis yang baru berusia 18 tahun ini mengakui bahawa kemunculan pertamanya dalam lagu bertajuk "Cita Cahaya" seperti sebuah mimpi. Ini kerana dia tidak pernah menyangka bahawa minatnya menyanyi sebelum ini akhirnya mencatat sejarah pada dirinya apabila single Pertama bertajuk Cita Cahaya itu boleh didengar di stesen-stesen radio seperti keningauFm dan stesen baru Kupi-KupiFm. Lagu ini juga sedang berentap dalam carta lagu KeningauFm.

Reenn Abigail C Robin, merupakan anak ke-3(bongsu)  dan masih lagi menuntut di salah sebuah sekolah di sekitar Keningau. Ayahnya yang memang berasal dari daerah Keningau manakala ibunya dari daerah Papar, menetap dikeningau bersama keluarga. Minatnya dalam nyanyian mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli keluarga terutama ibunya yang sering menjadi tempat rujukan dan pemberi motivasi untuk dirinya.

Reenn Abigail mula menunjukkan bakat dalam nyanyian seawal umurnya 5 tahun. Dia mula mengikuti pertandingan nyanyian diperingkat tadika cina. Selepas itu seringkali tampil dalam persembahan peringkat sekolah bagi mengasah bakat yang ada. Ketika berusia 10 tahun, Reenn pernah menjadi peserta jemputan bagi program si manja anjuran RTM Sabah sekitar tahun 2008. Pencapaian lain Reenn dalam bidang nyanyian ialah  pernah memenangi  vokal terbaik dalam Kem Musik Sekolah Rendah dan Menengah peringkat negeri Sabah sekitar tahun 2012. Dia juga merupakan finalis Sugandoi Daerah Papar dan Keningau pada tahun 2016.

Bercerita tentang single pertama( Cita Cahaya) dan kedua/terbaru ( Tinggalkanku), Renn sangat bernasib baik kerana kedua-dua lagu ini dicipta sepenuhnya oleh pakciknya sendiri iaitu Wilfred David. Menurut Wilfred, ini merupakan satu bentuk sokongan moral yang mampu diberikan kepada anak buahnya itu memandangkan Reenn dilihat mempunyai potensi yang boleh digilap dan maju ke hadapan. " Saya mengikuti perkembangan potesi dan bakat Reenn sejak dia kecil lagi dan kebetulan saya juga cenderung pada minat dalam muzik tetapi lebih kepada penulisan lirik  dan penciptaan lagu" katanya. Menurut Wilfred lagi, mungkin ini merupakan satu permulaan dan peluang baginya untuk menonjolkan dan memperkembangkan bakatnya dalam penciptaan lagu-lagu tempatan Sabah. "Ini percubaan pertama saya dan saya harap lagu ciptaan saya ini ada jua orang yang berminat untuk dengar" katanya sambil tersenyum.

Dikhabarkan juga, Reen bakal merakam lagu seterusnya dalam bahasa KDM pada tahun hadapan /2017 dan mendapat sentuhan salah seorang komposer dan penyanyi yang sudah dikenali di negeri ini. Sama-sama kita tunggu.

Dapatkan lagu REEN ABIGAIL secara digital download di web ini www.gambestore.com.

RM3.00 SAHAJA..

 



Older Post Newer Post


  • ekukejxocukuq on

    http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/ – 18 Amoxil Dose For 55 Pounds toz.uglz.gambestore.com.qrb.tt http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/

  • poyuwfoz on

    http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/ – 18 Amoxicillin sif.smbk.gambestore.com.xmj.hw http://mewkid.net/when-is-xuxlya3/

  • apFTzYEkBMZW on

    VpwlBruFiJKtEg

  • mdPuxQanp on

    sgOTxrazA


Leave a comment