Get your order. We deliver to you. ENJOY YOUR SHOPPING !!!
Cart 0

BENN SIMON terkena buatan orang?

Nama Benn Simon Bukag bukan asing sangat ditelinga penggemar muzik KDMR. Lagu-lagu beliau sering berkumandang di corong-corong radio  samada lagu yang dinyanyikan oleh Benn sendiri mahupun lagu ciptaannya yang dinyanyikan oleh artis lain.

Malahan Benn juga sudah pernah memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan nyanyian misalnya pernah menjuarai  Carta Juara Lagu Dusun(JLD) tahun 2008 dan Carta Juara Lagu Bajau (JLB)pada tahun yg berikutnya 2009. Selain itu juga lagu ciptaan beliau  pernah memenangi lagu lirik terbaik bertajuk Boros Nu di Tohuri Noh yang diyanyikan oleh artis S.Welly dlm pertandingan final Juara Lagu Dusun beberapa tahun kemudian. 

Setelah beliau berjaya menerbitkan album solo beliau kedua bertajuk " Ralanku"(2012), Benn seolah-olah menghilang dalam masa yang agak panjang dimana Benn jarang muncul dikhalayak ramai untuk membuat persembahan seperti sebelumnya.

Dalam pertemuan dan perbualan krew gambestore.com baru-baru ini , kami sempat merungkai persoalan ini. Kami  terkejut dengan jawapan Benn yang menyatakan bahawa kehilangannya itu sebenarnya ada kaitan dengan tahap kesihatan Benn yang tidak baik. Menurut Benn, dia hampir-hampir kehilangan keseluruhan suaranya yang bukan saja mengakibatkan tidak dapat menyanyi malahan kesukaran untuk bercakap. Tanpa diketahui punca sebenar, menyebabkan Benn terpaksa mencari pelbagai kaedah rawatan bagi memulihkan suara beliau. Selain perubatan moden beliau juga terpaksa menggunakan kaedah perubatan tradisional bagi memulihkan sakit yang dialami . "Dan saya bersyukur, walaupun kini suara saya belum pulih 100% tetapi saya sudah boleh kembali menyanyi seperti dulu" katanya.

Dalam majlis Makan Malam Dan Berhibur Bersama Artis Evo, SATURDAY NIGHT BLUES anjuran Persatuan Artis Tempatan Sabah(PERTISA) beberapa hari yang lalu, Benn buat pertama kalinya muncul dipentas untuk membuat persembahan. Beliau yang tampil dengan lagu terbaru dalam bahasa bajau bertajuk" Nyaun No Guno Ni" dengan lontaran suara husky namun tetap memukau penonton. Lagu terbaru beliau ini dimuatkan dalam album kompilasi PERTISA Evo yang baru sahaja dipasaran beberapa bulan lepas.

Anda yang berminat untuk mendapatkan lagu ini boleh membeli secara online di website ini. Click link dibawah untuk lagu ini secara fizikal mahupun digital.

http://www.gambestore.com/products/pertisa-evo

Lagu terbaru Benn boleh didapati secara digita dowload dengan klik link dibawah..

http://www.gambestore.com/products/benn-simon-bukag-nyaun-no-guno-ni

Ikuti perkembangan artis tempatan Sabah di web kami www.gambestore.com

 

Persembahan Benn sewaktu Majlis Makan Malam

dan Berhibur Bersama Artis Pertisa Evo

"Saturday Night Blues" 

 



Older Post Newer Post


  • nzxFuNrU on

    cpETBmWr

  • FGwJzlLCxf on

    yUtgZNiKHmasu


Leave a comment