Get your order. We deliver to you. ENJOY YOUR SHOPPING !!!
Cart 0

Donny Reyn - Lagu "Sabun Mandi" berdasarkan pengalaman

Artis tempatan DONNY REYN, yg namanya kini semakin meningkat naik lantaran penangan single terbaru  beliau bertajuk "Cinta Sabun Mandi". Lagu ini mula  mencuri perhatian penggemar lagu-lagu tempatan apabila pertama kali dimainkan dicorong radio iaitu stesen radio baru Kupi-KupiFm(96.3fm) dengan tradmark kita-kita juga baini beberapa bulan yang lalu.

Sehingga kini, lagu "Cinta Sabun Mandi" semakin mendapat tempat dihati peminat beliau dan mula mendapat permintaan untuk diputarkan hampir setiap hari. Lagu ini disusun dalam genre Funk Rock hasil sentuhan artis/komposer berbakat Benn Simon Bukag (Benn Studio). Dan lagu ini sebenarnya telah dimuatkan didalam album kompilasi bertajuk PERTISA Evo yang menghimpunkan 20 orang artis dengan 20 buah lagu baru dan sudahpun mula dijual sejak September lalu. Antara artis-artis yang terlibat menjayakan album terbitan Persatuan Artis Tempatan Sabah(PERTISA) ini ialah seperti artis Narsisius J.Misin, LP Raphial Pinus, Ateng, Adex, Benn Simon Bukag, Freddy Harmthon, James Sami, Jovita Robert Johnny, Ridah Malanjang, Ezani MES, Alfred Kanchan, Jaidy Bading, Danial Bansatan, Jebz dan ramai lagi..

Dalam pertemuan singkat krew Gambestore.com baru-baru ini dengan artis ini, sempat juga bertanya bagaimana timbulnya idea beliau untuk menghasilkan lagu bertajuk "Cinta Sabun Mandi" ini. Menurut beliau, idea menghasilkan lagu ini sebenarnya diambil dari kisah seorang kawan yg sangat rapat dgn beliau. "Lagu ini sebenarnya ada mengisahkan pengelaman rakan saya yang hampir-hampir putus harapan untuk hidup gara-gara putus cinta dengan kekasih hati. "Saya juga hampir-hampir terlibat dalam kemalangan gara-gara kawan tersebut memandu motosikal dalam keadaan berbahaya kerana kecewa dan saya pula membonceng dibelakang"katanya..Rakan beliau itu sangat kecewa kerana kekasih hati meninggalkan beliau kerana telah bertemu dengan seorang lelaki yang lebih kaya dan bergaya.Selepas lebih 10 tahun pengelaman tersebut, Donny akhirnya mendapat ilham untuk menggarap cerita tersebut dalam bentuk lagu.

Saya cukup berterima kasih kepada penyokong dan peminat-peminat saya yang telah menerima karya-karya saya terutama lagu ini. Saya cuba untuk memberikan yang terbaik kepada anda semua  pada masa-masa akan datang mengakhiri perbualan.

Untuk mengikuti perkembangan artis ini dan menjadi rakan FB beliau boleh click link ini https://www.facebook.com/donny.reyn

 

Di Konti RTM SabahVfm dalam rangka promosi Album PERTISA Evo

Ketika Promosi album PERTISA Evo di Kupi-KupiFm

 



Older Post Newer Post


  • awWUuDCt on

    LvfmQSRZhnPlq

  • IjTYhOBRJ on

    blAiJdpCQ


Leave a comment