Get your order. We deliver to you. ENJOY YOUR SHOPPING !!!
Cart 0

Lagu terbaru Keydeet Jake(2017) tribute untuk sahabat



KEYDEET JAKE, antara nama artis murut yang agak baru tapi  bersinar. Nama beliau sering saja kedengaran disebut dicorong-corong radio tempatan di negeri ini kerana lagu beliau bertajuk "Pangkaraan Ku Dirun" agak popular dan diminati oleh pendengar lagu-lagu tempatan Sabah . Bagi pendengar stesen baru Kupi-kupifm misalnya, nama dan lagu beliau sangat tidak asing ditelinga mereka.

Terbaru tahun 2017 , Keydeet menyambung perjuangan seninya dengan mengeluarkan 3 single secara serentak yang diterbitkan dibawah label Pusakag production. Lagu-lagu yang telah pun mula diputarkan dan didengar dicorong-orang radio seperti SabahVfm, KeningauFm dan Kupi-Kupifm dan beberapa stesen radio lain bertajuk Awas Itu Pancingan , Abadi Selamanya dan Inupe Ru Palunggaie.

Menurut Keydeet, lagu "Awas itu Pancingan" ciptaan seorang rakan artis beliau iaitu Donny Reyn mendapat respon yang sangat baik dari peminat. Ini kerana lagu ini mula mendapat perhatian dan mempunyai peminat tersendiri khususnya penyokong stesen radio kupi-kupifm. Menurut Keydeet lagu Awas Itu Pancingan mungkin mudah diterima peminat kerana lagu ini mempunya melodi yang catchy, messega yang jelas dan berunsur nasihat kepada masyarakat. Lagu ini antara lain menceritakan bahawa muda-mudi zaman sekarang haruslah sentiasa berwaspada khususnya apabila mereka ingin mencari pasangan hidup kerana pelbagai tipu helah sering digunakan oleh individu tertentu untuk mengaburi mata individu atau masyarakat. 

Dalam pada itu, Keydeet juga memberitahu bahawaa lagu bertajuk Abadi Selamanya begitu bermakna pada dirinya disebabkan ada cerita disebalik lagu tersebut. Lagu  "Abadi Selamanya" merupakan satu tribute kepada rakan saya bernama Metchell Micheal Poudi yang merupakan pencipta lagu ini. Belum pun sempat lagu ini disiapkan sepenuhnya oleh mendiang, beliau telah terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa beliau pada tahun lalu. Mendiang yang berkongsi minat yang sama dengan Keydeet juga sebenarnya mempunyai bakat yang sangat besar dalam seni suara kerana beliau pernah memenangi pertandingan yang berprestige di negeri ini iaitu Naib Juara Bintang Remaja RTM Sabah beberapa tahun dahulu. Oleh kerana lagu ini belum sempat disiapkan sepenuhnya dari segi lirik maka Keydeet dan Donny Reyn berusaha menyiapkan liriknya dan akhirnya ia sudah menjadi sebuah lagu kata Keydeet. Keydeet berharap, lagu ini dapat mengubat sedikit kerinduan kepada mendiang dan penghargaan beliau sebagai sahabat yang berkongsi minta yang sama dan saling menyokong antara satu sama lain.

 

Manakala, lagu ketiga  bertajuk  Inupe Ru Palungggaie pula merupakan sebuah lagu berbahasa murut berentak balada hasil ciptaan bersama rakan artis Ronnie Bahan. "Saya masih berharap sentuhan komposer berbakat dan rakan saya ini mempunyai impaknya tersendiri kerana kejayaan lagu Pangkaraan Ku Dirun sebenarnya hasil kolaborasi saya dan Ronnie sebagai komposer lagu tersebut". Lagu ini telah menjulang nama Keydeet sebagai Juara Carta Lagu Murut Sabah Vfm tahun 2012 /  2013 dan sekaligus juga memenangi Anugerah Lirik Lagu Terbaik dalam pertandingan tersebut. Di samping itu beliau juga telah menjuarai Carta Juara Lagu KeningauFM kategori Bahasa Murut pada tahun 2014 dengan lagu yang sama. 

Semoga artis Keydeet Jack terus maju jaya dalam karier beliau sebagai artis tempatan Sabah...Good Luck bro !!!!!

Untuk mendapatkan lagu terbaru Keydeet ini anda boleh memuat turun secara berbayar hanya RM3.00 di websita tempatan Sabah www.gambestore.com

Koleksi gambar-gambar Keydet Jake di atas pentas.

 

 

 



Older Post


  • yzLqvhJBWCOuocr on

    BnjpHTRZAwrVOQ

  • FAivnLqatefoM on

    kyuefoUztsb

  • GloAkTmPhsYDzf on

    zvVCbdlftg

  • XYJRzqTsb on

    QjsvhXDREMlTGHc

  • ESVJHaxIPZdKvk on

    LXMIqiDTKNr



Leave a comment