Get your order. We deliver to you. ENJOY YOUR SHOPPING !!!
Cart 0

Lagu "MANA TAHAN" benar-benar menyengat

Single terbaru (2016) penyanyi sensasi Francis Landong bertajuk MANA TAHAN memang benar-benar menyengat dan menjadi. Mana tidaknya, lagu ini hampir setiap hari boleh kedengaran diputarkan di corong-corong radio seperti di stesen radio baru Kupi-KupiFm dan Keningau FM atas permintaan peminat.

Lagu bertajuk Mana Tahan jika pertama kali didengar oleh mereka yang fasih berbahasa KDM pasti bertanya, apakah jenis bahasa KDM yang digunakan dalam lagu ini. Lagu ini sebenarnya dinyanyikan dalam bahasa dusun Tatana dari daerah Kuala Penyu hasil ciptaan penyanyi dan komposer berbangsa dusun Tatana iaitu Adex.

Menurut pencipta lagu ini, ia bukanlah sebuah lagu baru baginya kerana diawal pembabitanya dalam arena muzik tempatan kira-kira 10 tahun lalu , beliau sendiri pernah menyanyikan lagu ini dan merakamnya dalam bentuk audio. Bagaimanapun menurut Adex, lagu ini tidak menjadi kerana pada masa itu terdapat masalah teknikal berlaku dalam rakaman audio lagu ini dan ia hanya sempat dikenali disekitar daerah kelahirannya itu.

Setelah 10 tahun berlalu, kini lagu ini mendapat nafas baru apabila ia dinyanyikan semula oleh seorang penyanyi sensasi KDM Francis Landong. Lagu ini sebenarnya terkandung didalam album berjudul UBUS 1 yang menghimpunkan beberapa orang artis lain seperti Ridah Malanjang, Lanree Asing, Nars, Georgia Joy,Robert Joe, Richard Danial, Becker Ray dan Vuikuang Apau. Dalam perbualan crew gambestore.com dengan penyanyi lagu Mana Tahan ini menyatakan perasaan gembira beliau apabila pencipta dan penerbit kepada album UBUS 1 itu menawarkan lagu yang dapat memenuhi  citarasanya dan buat pertama kalinya menyanyikan lagu dalam bahasa dusun Tatana. Lagu ini selain boleh didapati secara fizikal(Audio CD) boleh juga didapati melalui digital download dengan melayari website www.gambestore.com

http://www.gambestore.com/collections/frontpage/products/mana-tahan-francis-landong

Francis Landong dan Adex sewaktu Anugerah Lagu KDCA 2016 



Older Post Newer Post


  • QhxAItPJHoERnGm on

    xDOzYvbBS

  • DBkbJxiMGFZRyKO on

    gPXeohzWJ

  • WqVZsntIkGlENRT on

    SfRdsJrqaB

  • izMDwUAo on

    LtGaAilbNPko

  • MxlupKtjZ on

    ATHwgSqvBz



Leave a comment