Get your order. We deliver to you. ENJOY YOUR SHOPPING !!!
Cart 0

Lagu "Saau Jambatan" masih mendapat tempat di hati peminat Adex

Sabah - Keunikan lagu yg bertajuk "Saau Jambatan" (yg bermaksud Dibawah Jambatan) menjadikan penyanyi Adex yang berasal dari Kuala Penyu semakin popular terutama dikawasan utara meliputi Kota Marudu, Pitas, Kudat dan Kota Belud,  selain di daerah kelahiran artis ini sendiri iaitu Kuala Penyu. Menurut Adex, sambutan yang sungguh luar biasa terhadap album pertama beliau yang bertajuk Adex 1 yang menampilkan lagu "Saau Jambatan" menyebabkan cetakan pertama album ini "Sold Out" dan telah terpaksa mencetak semula bagi memenuhi permintaan peminat.

Menurut Adex, setiap kali beliau membuat promosi dan jualan khususnya semasa tamu di daerah-daerah yang disebut diatas, sambutan untuk lagu  ini tidak pernah mengecewakan. "Setiap kali saya membunyikan lagu ini di tamu-tamu di daerah seperti Kota Marudu misalnya, pasti ada saja pembeli dan peminat yang akan datang kerana lagu ini.

Adex yang semakin terkenal dengan kaedah Jualan "Mobile Sales & Promotion" menggunakan kereta yang diubah sistem bunyi untuk menarik para pelanggan beliau. Menurut beliau lagi lagu Saau Jambatan ini mempunyai ceritanya tersendiri dimana lagu ini menurut beberapa kenalan Adex mempunyai persamaan dengan sebuah lagu yang popular disebelah utara suatu ketika dulu. Lagu yang hampir-hampir sama ini dikatakan mempunyai lirik yang agak "lucah" tetapi sering dinyanyikan terutama ketika ada majlis keramaian, Bagi Adex samada cerita itu benar atau secara kebetulan sahaja, lagu ini adalah hasil ciptaan abang ipar beliau iaitu Julius Bin Tanak yang sudah didaftarkan sebagai karya asal Adex di MACP.

Bagi mereka yang belum mendengar lagu ini dan berminat boleh mendapatkan lagu dengan membeli secara online di http://www.gambestore.com/products/adex-vol-1 

atau download Digital Video(Versi karaoke) di http://www.gambestore.com/products/adex-saau-jambatan-mtv-karaoke

Lagu ini juga sebenarnya telahpun dinyanyikan semula dalam versi Melayu yang bertajuk "Di Bawah Jambatan" di dalam album Adex.Vol.2 - Surapit. Anda boleh dapatkan di http://www.gambestore.com/products/adex-vol-2-surapit-dvd-kke

Adex bersama peminat di Kota Marudu

Adex bersama peminat di Beaufort

 

 



Newer Post


  • QqWSEiKxgy on

    PCBrwhVYMegnf

  • cqGFYgDLNT on

    uxfoYQLtgBGrJi


Leave a comment