Get your order. We deliver to you. ENJOY YOUR SHOPPING !!!
Cart 0

Benarkah?Aplikasi SMULE bantu promosi/ luaskan pasaran artis Sabah.

             3 hari yang lalu, time pakcik lepak-lepak di kedai Apek, terdengar beberapa kawan lingkungan umur 20an bercakap-cakap tentang aplikasi Smule yang kini sedang popular dan membolehkan sesiapa saja memuatnaik lagu kegemaran dan berkaraoke bersama tanpa perlu bergerak ke suatu tempat. Pakcik pun curi-curi dengar dan kedengaran juga mereka kata" banyak bah lagu-lagu disana tu , lagu #Dusun# pun ada. Terus pakcik tersentak......

Mari kita palan2 cerita, benarkah seperti didakwa sesetengah pengguna yang suka menyanyi dan suka memuatnaik lagu-lagu artis tempatann kita baik untuk semua??? khususnya kepada artis(penyanyi/komposer dll) itu sendiri....Point utama dorang ni ialah mereka bantu buat PROMOSI PERCUMA? untuk menaikkan lagi lagu itu, supaya lebih terkenal dan orang berpusu-pusu untuk mencari produk asal samada dlm bentuk Fizikal(CD/VCD/DVD) atau digital(download berbayar). Benarkah begitu? mari bercakap tental logik dan situasi sebenar seperti yang dialami dan dilalui oleh para karyawan dan artis itu sendiri...

Pakcik cuba minta maklumbalas dari rakan-rakan artis dan pakcik sendiri ada pengelaman bertahun-tahun dalam arena muzik tempatan sejak tahun 2005 sehingga sekarang. Walaupun pakcik bukan artis terkenal tapi pakcik sudah merasa pahit manis, untung rugi bila terjebak dlm arena ini yang sekarang ini nampaknya semakin tenat.(Bukan saya kata saja tapi producer terkenal Shaari Amri sahkan hal ini baru-baru ini). 

Mari Pakcik terangkan satu persatu...dimana logik dan tidak logiknya dakwaaan ini.

Kemarin, saya lihat banyak komen-komen rakan artis tentang Smule ini yang saya boleh lihat dari Fb saya. Ada yang menyokong tindakan pengguna memuatnaik agu mereka dan ada yang bertegas itu satu kesalahann kerana memuatnaik tanpa kebenaran pemilik lagu tersebut.

Berikut ialah pandangan pakcik :

Saya memang tidak menyokong sama sekali jika peminat atau pengguna memuatnaik sebaran lagu dari artis tempatan tanpa kebenaran terlebih dahulu lebih-lebih lagi lagu tersebut masih baru dipasaran. Ini kerana ia bukan membantu dari segi  PROMOSI tetapi MEMBUNUH produk tersebut. 

Pertama sekali ingin saya jelaskan terdapat 2 kategori  artis tempatan di Sabah ini..

  1. Artis yang cari makan dari show/persembahan
  2. Artis yang cari makan dari hasil karya melalui produk berbentuk fizikal seperti penghasilan album(cd/vcd/dvd).

Bagi artis kategori 1 ini, jika dia ada lagu sendiri, saya fikir bukan satu masalah baginya apabila pengguna atau peminatnya memuatnaik lagu beliau memandangkan hasil dari royalty atau jualan lagu tersebut bukan matlamat utama. Jika lebih banyak promosi percuma yang dilakukan oleh pengguna dan peminatnya itu sangat baik kerana ia meningkatkan populariti dan meningkatkan peluang untuk dipanggil  show/ persembahan. Begitu juga artis-artis baru yang baru mencipta nama misalnya baru menang sesuatu  pertandingan dan mungkin hanya ada single. Jika lagunya dimuatnaik diaplikasi sosial seperti Youtube dan Smule ini bukan sesuatu yang sangat merugikan malahan beri kredit dan kebaikan kepada mereka. Pelaburan mereka untuk membayar kos sebuah lagu sangat jauh berbeza dengan mereka yang melabur untuk sebuah album. sebab itu mereka rasa bukan satu kerugian besar untuk mereka jika ia dimuatnaik oleh sesiapa sahaja.

Bagi kategori 2 pula, ini yang menjadi masalah seperti yang dinyatakan oleh salah seorang artis yang lantang bersuara apabila mendapati pengguna memuatnaik lagu beliau tanpa kebenaran dan ternyata ini sangat-sangat mempengeruhi  peluang dan jualan album tersebut. Lebih-lebih lagi lagu tersebut masih baru dan masih giat dan aktif dijual dipasaran untuk penggemar lagu-lagu tempatan kita . Kita bukan bercakap teori semata-mata tetapi berdasarkan pengelaman sendiri. Saya sendiri pernah bertemu dengan pengguna dan pengusaha sound sistem yang terang-terangan dan selamba berkata " oh, kalau lagu  kau yang itu saya sudah download di youtube" . Dan memang lagu itu saya download full di Youtube tetapi meletakan pesanan untuk mendapatkan yang original dalam preview tersebut.  Adakah pesanan tadi memberi kesan?jawapannya tidak sama sekali.  Situasi ini sama juga dengan pengguna yang apabila dapat yang PERCUMA  peratusan kemungkinan untuk membeli yg original sangat2 rendah dan tipis. Dari pemerhatian kami sebenarnya  soal kualiti bukan satu isu besar bagi pengguna asalkan ia FREE dan tanggapan bahawa menyanyi sesebuah lagu di Smule akhirnya membawa kepada pengguna tersebut untuk membeli album asal adalah retorik semata-mata. Jadi kita belajar dari pengelaman bukan idea atau teori semata-mata

Bagi pendapat saya,  secara logik akal memang benar memuatnaik lagu seseorang artis itu dapat menaikkan lagi nama artis tersebut  namun adakah nama dan populariti itu cukup berbaloi. Mari buat perbandingan secara relatif. Mana yg lebih bagus? 1. kita muatnaik sesebuah lagu menyebabkan 10k orang kenal kita dan 2.  kita tidak muatnaik lagu tersebut tapi kita dapat jualan 1k album(1k x RM20= RM20K)Mana yg lebih berbaloi, populariti atau pulangan RM20K utk album tersebut. Ini yang harus kita ambilkira terutama dizaman sekarang yag tengah gawat. Populerpun kalau tiada makan, mati jugakan?haha..Tambahan pula aplikasi Smule inii memang tidak akan membayar sebarang royalty  kepada lagu2 artis yang dimuatnaik jadi bukan sahaja rugi dari segi potensi jualan fizikal tetapi rugi kerana kutipan royalty juga tidak dapat dilakukan.  Inilah yang dimaksudkan oleh salah seorag rakan artis kita baru-baru ini yang mendapat respon yang luarbiasa dari pengguna aplikasi ini. Untuk pengetahuan rakan-rakan, kos untuk pembikinan sesebuah album mencecah RM15k-RM20K jika ia dlm bentuk MTV Karaoke yang boleh dikatakan berkualiti. Almaklumlah orang sekarang ini ambil berat tentang kualiti dan jarang pula ingin tahu tentang kos untuk kualiti yang sebegitu.  Sebab itu, artis sekarang ini bukan sudah macam dulu(kena buyuk2) yang mudah menerima sesuatu begitu saja tanpa berfikir panjang. Mungkin kami tidak bijak dipandangan pengguna tapi bijak sebagai seorang artis.     

Ada juga rakan-rakan  cuba mengaitkan dan menyamakan Smule dengan Youtube. Bagi saya youtube adalah platform yang banyak mengajar kita baik dan buruk tentangnya. Ia sangat bergantung kepada niat seseorang artis tersebut . Lambakan lagu-lagu tempatan Sabah di sana memang tidak terkawal dan bagi saya sudah agak terlewat untuk membendung. Tetapi bagi aplikasi Smule ini ia masih ada harapan untuk dikawal kerana masih diperingkat awal. Bagi pengguna Youtube, artis harus bijak menggunakannya dalam bentuk yg memberi pulangan misalnya mendaftarkan karyanya dalam bentuk berbayar.

Dalam keadaan pasaran muzik dunia, nasional dan tempatan yang sangat teruk sekarang ini, para artis sangat-sangat memerlukan sokongan orang ramai semua untuk sama-sama mempertahankan muzik yang kita ada ini terutamanya muzik KDM dengan cara yang betul. Mungkin kita(artis/pengguna) mempunyai matlamat  yang sama tapi cara yang berbeza kadangkala mengundang keputusan yang berbeza. Saya juga suka mengingatkan bahawa pasaran untuk lagu KDM sangat kecil dan perbandingan kita tentang situasi artis tempatan dengan artis nasional dan international sangat-sangat tidak tepat.

Akhir sekali, sebagai kesimpualan para artis  sebenarnya terharu  mendengar ungkapan  peminat yang  menyokong  lagu-lagu mereka melalui aplikasi Smule tetapi cuma tidak kena tempat dan masa yang sesuai.  Kaedah ini tidak praktikal untuk artis-artis tertentu terutamanya yang  masih ada album untuk dijual. Terima kasih juga kerana meminati dan menyanyian lagu-lagu artis tempatan. Apa juga komen anda samada positif dan negatif kami tetap terima dengan hati terbuka.

Terus sokong arts tempatan dengan membeli produk mereka yang original. Lawati www.gambestore.com untuk belian secara online. 

 

    

 



Older Post Newer Post


  • bLhVajUlFSC on

    ypgBnSeQYR


Leave a comment