Get your order. We deliver to you. ENJOY YOUR SHOPPING !!!
Cart 0

KONSERT KUPI-KUPIFM PENGHARGAAN BUAT PEMINAT

Kurang dari 20 jam saja lagi, Konsert Kupi-KupiFm akan berlangsung di dewan Hongkod Koisaan, KDCA, Penampang pada hari ini 18 Mac 2017. Dijangkakan sambutan untuk konsert kali ke-2 ini pasti lebih hebat dari yang pertama pada tahun lalu. Ini kerana stesen Kupi-Kupifm semakin hari semakin popular dan sedang mengungguli stesen-stesen radio yang lain dan kini mereka sudahpun berjaya mengumpul lebih 60 ribu follower dalam media sosial yang terdiri dari  penggemar dan penyokong muzik tempatan Sabah.

Konsert Kupi-KupiFm kali yang ke-2 ini boleh dikatakan sebagai ulangtahu pertama dan merupakan hadiah istemewa atau penghargaan kepada peminat serta penyokong mereka sejak stesen ini mula beroperasi pada awal tahun 2016. Menurut Enc. Lester Miol, Pengurus Besar stesen radio Kupi-Kupifm ini, "konsert kali ini seumpama satu pesta dan acara bertemu semua penyokong serta peminat stesen Kupi-Kupifm" kata beliau. Konsert kali ini sedikit berbeza dari tahun yang lalu dimana, pada kali ini artis-artis yang membuat persembahan  bukan hanya artis tempatan Sabah sahaja tetapi turut mengundang band yang terkenal dari Indonesia iaitu kumpulan Repvblik(yang terkenal dengan lagu Sandiwara cinta dan Selimut Tetanga). Artis tempatan yang akan membuat persembahan pada malam ini bermula jam 7.00pm ialah Kumpulan Bamboowoods(Pembukaan), Adex, Sharin Amud Shapri, Mary Intiang, Loytive, Ayumi Yusof, Sharma Cherry, Nuborn Musimasing-masing disini bagi memasarka produk muzik khas untuk peminat mereka. Disamping itu juga Kupi-kupifm menyediakan satu program yang dipanggil "Singah Kupi-kupi" yang menawarkan pelbagai acara seperti cabutan tiket bertuah,, games dan pertandingan.

 Jadi....apa tunggu lagi. Mari pergi ramai-ramai ke konsert. Sekali dalam setahun dan anda cuma perlu luangkan masa sebab konsert ini adalah PECUMA sahaja...

Stesen Kupi-KupiFm...Kita-kita juga baini !!!!

 

 



Older Post Newer Post


  • ebwHdcOYQ on

    QNfYnXeIsmtZ

  • BzWVsdkm on

    vhOIZajePyHFTwWi


Leave a comment