Get your order. We deliver to you. ENJOY YOUR SHOPPING !!!
Cart 0

Adex - Pupuk Persahabatan Melalui Aktiviti Sukan

Oleh : Bahatungau Ateng

Kota Kinabalu, 22 Julai 2019

PERSATUAN Artis Tempatan Sabah (Pertisa) menerusi Biro Sukan dan Rekreasi Pertisa sesi 2019-2021 telah mengadakan program perlawanan persahabatan futsal menentang radio tempatan Vokfm anjuran pada Jumaat lalu.

Aktiviti itu pertama kali diadakan selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Mei lalu yang menyaksikan senarai kepimpinan baharu di dalam pertubuhan berkenaan.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan kemenangan yang memihak kepada Vokfm, 106.6

Para penggiat seni termasuklah artis terkenal tempatan serta peminat mereka turut sama menjayakan program berkenaan yang diadakan di gelanggang futsal Kolombong (BSA). Antara artis tempatan dari PERTISA yg hadir memeriahkan acara ini selain Adex ialah Emjay Yassin, Justinus Asong, Benn Simon Bukag, Donny Reyn, Zulkifly Fung, Frankie Masanggon, David Simon, Jimmy Santaim, Julius Bonggul dan Apprin. Manakala dari VokFm ialah Reynaldo Paggi, Maldini, Malvin Kalvin, Ramli Carlo dan ramai lagi.

Presiden Pertisa, Guadik Ansiw (Adex) berkata, dalam aktiviti seperti itu bukan kemenangan yang dicari tetapi persahabatan dan persefahaman dengan radio yang dahulunya merupakan radio online tetapi kini sudah mulai bertapak sebagai radio frekuensi itu.

Selain itu, katanya, Pertisa turut menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan ahlinya agar sentiasa menjaga kesihatan dan kecergasan masing-masing.



"Selepas ini kita akan adakan aktiviti yang sama dengan banyak lagi radio dan agensi yang lain sebagai wadah mengukuhkan perpaduan dengan mereka di samping mengambil peluang untuk berkenalan dengan mana-mana pihak yang berkepentingan dalam membantu kita sebagai penggiat seni," ujar Adex.

Adex turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Biro Sukan dan Rekreasi Pertisa atas usaha mereka mengadakan aktiviti seumpama itu.


dari kiri Zul Fung dan Justinus Asong(Bio Sukan Dan Rekreasi) serta Emjay Yasin(Bendahari PERTISA)

"Terima kasih semua pihak yang telah menjayakan program ini, semoga ini akan menjadi salah satu platform bagi kita untuk beramah mesra dan lebih saling mengenali antara sesama artis atau penggiat seni dan dapat saling bertukar-tukar idea dalam bidang masing-masing," katanya.

Artis Tatana yang terkenal dengan lagunya 'Janda Muda Beranak Satu' itu turut mempelawa mana-mana artis yang belum menganggotai persatuan seni untuk menjadi ahli Pertisa bagi mengukuhkan lagi pertubuhan tersebut.

"Anda juga boleh melayari laman sosial Facebook Persatuan Artis Tempatan Sabah untuk mendapat keterangan lebih lanjut kerana kini kita juga boleh mengisi borang Pertisa secara dalam talian untuk lebih memudahkan semua pihak," katanya.

Sebagai rekod, Adex menjadi Presiden menerusi undian ramai menggantikan Presiden sebelumnya, LP Raphiel Pinus yang kini dilantik sebagai Penasihat Pertisa.

Turut hadir Ketua Operasi yang juga penyampai radio Vokfm, Reynaldo Paggie atau Rey Kimara dan para penyampai Vokfm yang lain.



Adex menyerahkan cenderakenangan kepada Rey Kimara.

Adex(Kiri, Presiden PERTISA) dan Reynaldo Paggi(Pengurus-VokFm)



Older Post


  • hBOktvJcobMC on

    dWZczMjhSxuIG

  • hWpmiQVyvecREnwB on

    InHvuQWKLdJcPmNj

  • oMsDpPBFvj on

    CAtxjwQd

  • WMVbuEtnSAHBPK on

    DoejtMqFYWgR

  • XrhOiwHjeyunVJ on

    LDjnxQaZ



Leave a comment