Get your order. We deliver to you. ENJOY YOUR SHOPPING !!!
Cart 0

Portal hiburan no.1. Made in Sabah

Salam sejatera..

Teknologi berkembang sangat pantas. Demikian juga muzik dan hiburan. Yang pasti muzik dan hiburan tidak dapat dipisahkan dgn teknologi dan sewajarnya bergerak seiring. In kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini teknologi komunikasi yang melibatkan media elektronik terutamanya teknologi telefon pintar dan gadget berkembang secara drastik dan cepat. Bayangkan kalau 10 tahun dahulu, handphone hanya digunakannoleh orang-orang dewasa tetapi kini mula menular ke golongan remaja dan kanak-kanak pula.

Mungkin apa yg terjadi ini ada kaitannya dengan perancangan kerajaan dahulu yang mahu menjadikan negara kita sebagai Pusat Mutimedia Korridor Raya. Sokongan kemudahan internet yang meluas melalui telco-telco seperti celcom, maxis, digi, Umobile, Tunetalk dan syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Telekom menjadi tulang belakang dalam perkembangan ini.

Perbandingan perkembangan Sabah-Sarawak dgn semanajung Malaysia.

Secara relatif perbandingan, memang perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri ini Sabah dan Sarawak berbanding Semananjung jauh berbeza. Beberapa perkara tertentu yang bersangkut paut dengan teknologi komunikasi berkembang agak perlahan disini. Ini misalnya melihat kecenderungan pengguna menggunakan kemudahan internet melalui telefon pintar dan gadget untuk urusan berkaitan kewangan atau bank dan membeli-belah. Memang kita dapat lihat perubahan trend terkini tetapi masih belum meluas seperti di Semenanjung Malaysia.

Mengapa GambeStore.Com?

Satu perkara yang menarik tentang Sabah dan Sarawak selain budaya penduduknya yang pelbagai  ialah kewujudan  arena muzik tempatannya yang tersendiri. Disini, sudah lama wujud lubuk artis dan pasarannya sendiri terhadap lagu-lagu, muzik dan melodi yang menjadi trademark pada satu-satu etnik. Jika di Sabah misalnya, muzik kadazan-dusun, murut, rungus, bajau, brunei dan lain-lain sudah ada identitinya sendiri. Demikian juga jika di Sarawak yang terdiri daripada iban, Melanau, Bidayu dan sebagainya sudah ada identiti dan pasaranya sendiri.

GambeStore.com hanya mahu menjalankan tugas seperti LALUAN dimana produk-produk tempatan ini dipasarkan dengan lebih agresif dan mengikut perkembangan semasa. Diluar sana memang sudah banyak syarikat-syarikat  "international" yang berjaya menjalankan perniagaan "Digital Sales" bagi produk artis seluruh dunia seperti ITune, CD Baby, Sportify, Amazon dan banyak lagi.

Persoalanya apa kelebihan www gambestore.com berbanding mereka? mari kita sama-sama fikir.

Yang jelas : 

#produk kita adalah produk tempatan, bila berada dikelompok lagu-lagu bertaraf "world" persaingan terlalu sengit dan jenama yang dikenali biasanya akan menang. 

# faktor "familier" pengguna terhadap kemudahan seperti Itune, CD Baby, Sportify, Amazon dan lain-lain masih ditahap rendah.

#jumlah lagu-lagu tempatan dalam portal mereka masih terhad kerana kebanyakan artis tempatan masih belum tahu atau mahu menggunakannya.

# faktor komunikasi, tukaran wang asing dan sebagainya merupakan satu halangan dalam proses urusan  pendaftaran perkhidmatan dan lain-lain

dan banyak lagi.

Justru, walaupun web ini "made in local" dan masih dalam proses belajar tapi kami yakin kewujudanya akan banyak membantu mereka yang sama-sama made ini local. Si Aki bilang " Support Local Product, Suppot Local Music" kihoiii....aramaitiiiii....  

 



Older Post Newer Post


Leave a comment