Get your order. We deliver to you. ENJOY YOUR SHOPPING !!!
Cart 0

Sabah Artistes Annual Dinner 2015 (SAAD2015)

KOTA KINABALU, 18 OCT : Kemeriahan majlis Makan Malam Artis-Artis Sabah (SAAD 2015)  yang diadakan di Ming Garden Hotel hujung minggu lalu melakar satu lagi sejarah bagi industri muzik tempatan Sabah. Sambutan tetamu dengan karpet merah telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 200 orang artis Sabah yang terdiri dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, ahli silap mata, DJ, pelawak, komposer dan lain-lain telah mencita satu kenangan yang sangat manis dan berharga . Rata-rata mereka yang hadir meluahkan rasa keterujaan dan keseronokan dengan adanya acara yang penuh bermakna seperti itu.

Dari sumber yang boleh dipercayai, majlis penuh gilang-gemilang itu sebenarnya atas inisiatif beberapa individu tertentu dikalangan artis. Antara artis yang terlibat secara langsung menjayakan majlis itu ialah Ezani M.E.S, Ridah Malanjang, Japrin Thomas@ Pirut, Diana Clevon Majuil, Clarice Sipanul, Larry Mikhail, dan beberapa artis yang lain. Menurut pengarah projek majlis ini, Enc.Ezani M.E.S yang juga seorang pengiat seni di negeri ini berkata, majlis ini merupakan satu permulaan dalam menyatukan semua  artis dinegeri ini. Antara objektif yang digariskan ialah acara seperti ini dapat mengenali satu sama lain dan bertukar-tukar idea, menjalin persefahaman yang baik dikalangan artis dan saling mengenali antara satu sama lain tidak kira pengiat seni yang baru mahupun yang lama.



Older Post Newer Post


Leave a comment