Get your order. We deliver to you. ENJOY YOUR SHOPPING !!!
Cart 0

SATURDAY NIGHT BLUES 2.0, Makan Malam dan Apresiasi PERTISA 2019

Persatuan Artis Tempatan Sabah atau PERTISA, sekali lagi mengulangi sejarah yang pernah dicipta 2 tahun lalu dengan menganjurkan semula majlis makan malam yang dkenali sebagai "Saturday Night Blues 2.0" iaitu Majlis Makan Malam dan Apresiasi pada 09 Mac ini, bertempat di Gayang Seafood Restoran.

Menurut Timb. Presiden PERTISA merangkap Pengarah Projek kepada program ini Enc. Guadik Ansiw@Adex, majlis ini diadakan bagi mengeratkan tali silaturahim diantara artis tempatan Sabah, penyokong kepada industri muzik tempatan dan masyarakat khususnya mereka yang sentiasa menyokong artis-artis tempatan dalam kerjaya seni mereka.

Selain itu menurut Adex lagi, majlis ini begitu unik dan istimewa kerana antara acara yang julung-julung kali diadakan ialah memberi penghargaan kepada artis-artis tempatan yang terpilih oleh persatuan ini bagi menerima penghargaan diatas sumbangan penting mereka dalam memperkukuhkan dan membantu perkembangan bahasa ibunda mereka mengikut etnik melalui lagu-lagu mereka. Lebih kurang 14 etnik yang telah disenaraikan untuk menerima penghargaan melalui artis etnik tersebut  iaitu  seperti etnik Tatana, Dusun, Kadazan, Murut, Bajau, Rungus, Tobilung, Kimaragang, Bisaya, sungai dan lain-lain. Tambah Adex lagi "sebelum ini sudah banyak anugerah yang diciptakan dan dipertandingkan bagi menghargai usaha artis tempatan namun penghargaan seperti ini belum pernah dilakukan dan mana-mana pihak". Oleh sebab itu PERTISA yakin bahawa penghargaan seperti ini begitu bermakna kerana ia memberi suntikan kepada artis tempatan untuk terus memperkasakan bahasa etnik mereka dan usaha mereka ini patut dihargai. Selain itu PERTISA juga akan memberikan satu anugerah khas kepada salah seorang artis veteran yang dipilih dan telah banyak menyumbang kepada perkembangan lagu-lagu tempatan Sabah dipersada nasional hinggalah antarabangsa. 

Walaupun majlis makan malam ini sebahagian besarnya akan dihadiri oleh artis tempatan Sabah sendiri tetapi PERTISA juga memberi sedikit ruang kepada penyokong artis-artis tempatan untuik sama-sama meraikan dan santai bersama. Dengan tema "Rock Vs Retro" majlis ini akan diserikan dengan persembahan artis jemputan, persembahan artis-artis pertisa, kumpulan pemain muzik bambu, cabutan tiket bertuah, pakaian tercantik dan banyak lagi. 

Sekiranya Anda berminat untuk menyertai majlis makan malam ini, sila berhubung dengan individu seperti dibawah :

1. Adex - 0138112850

2. Lp Raphial Pinus - 019-8131468

3. Jovita Robert Johnny - 013-5525528



Older Post Newer Post


  • akwAJDxITEZlt on

    ztcLVqGPIexA

  • Sahidin bin Suhaimin on

    saya sentiasa berjuang dan menyokong utk Artis artis Sabah lebih berdaya Saing

  • Sahidin bin Suhaimin on

    saya sentiasa berjuang dan menyokong utk Artis artis Sabah lebih berdaya Saing



Leave a comment